Bertanggungjawab Dalam Hal Ehwal Pengurusan bagi Menaksir dan Menuntut Cukai Bangunan Kediaman, Bangunan Kedai, Bangunan Hartanah Khas, Dan Bangunan Industri di dalam Kawasan Kawalan Bandaran Kuala Belait & Seria
-
Membuka fail bagi bangunan yang dibina di bawah kawalan Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria bagi persediaan untuk pengenaan cukai;
-
Membuat pemeriksaan keatas bangunan-bangunan di dalam kawasan Kawalan Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria untuk di ketahui kegunaannya bagi dikenakan cukai;
-
Menaksir cukai bangunan menurut Akta Lembaga-Lembaga Bandaran Penggal 57;
-
Mengutip cukai bangunan;
-
Menuntut hasil kutipan cukai bangunan yang tertunggak;
-
Memproses serta mempertimbangkan mana-mana rayuan cukai bangunan, dan;
-
Memantau, mengambil tindakan dan seterusnya membuat laporan terhadap tunggakan kutipan hasil cukai bangunan.