Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksPERKHIDMATAN


JABATAN BANDARAN
KUALA BELAIT DAN SERIA


Sepertimana juga pentadbiran perbandaran Bandar Seri Begawan dan perbandaran Tutong, pentadbiran dan pengurusan perbandaran Kuala Belait dan Seria terbahagi kepada dua iaitu Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Lembaga Bandaran Seria, yangmana kedua-dua pentadbiran dan pengurusannya diterajui oleh Pengerusi Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria.


PERANAN LEMBAGA BANDARAN
KUALA BELAIT DAN SERIA


Pengerusi Lembaga Bandaran, Ahli-Ahli Lembaga dan Setiausaha Lembaga Bandaran dalam Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria dilantik dengan titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi tempoh 12 bulan pada setiap tahun.


AKTA DAN PERATURAN
LEMBAGA BANDARAN KUALA BELAIT DAN SERIA


Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria mempunyai peranan selaku Penasihat kepada Pengerusi Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria serta Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria ke arah menentukan dasar yang berkaitan dengan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan-peraturan, dalam Perekonomian, perancangan kemajuan pembangunan, cukai bangunan, pembiasaian dan keindahan kawasan perbandaran dan apa jua perkara yang berkaitan dengan kepentingan dalam hal ehwal perbandaran Kuala Belait dan Seria sepertimana termaktub dalam Bab 3 (2) dari Akta Lembaga Bandaran Penggal 57, berpandukan kepada:

  1. Akta kesalahan - kesalahan kecil bab 12 penggal 30 [1929, Revised 2013]

  2. Perintah Establishment Kecantikkan & Kesihatan, 2016

  3. Perintah darurat (hiburan awam) 1997.
    Chapter 181 Public Entertainment Revised Ed. 2000

  4. Akta lembaga - lembaga bandaran penggal 57

  5. Municipal boards act (cap. 57) - Kuala Belait dan Seria Municipal Board (Standing Orders) by - Laws, 2014