gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

Penganugerahan Pingat Kerja Lama (P.K.L) Bagi Pegawai Serta Kakitangan Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria

31 MEI 2026 I Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada para penerima Pingat Kerja Lama (P.K.L.) dari Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah yang Ke-80 Tahun.

Penganugerahan ini merupakan satu pengiktirafan atas dedikasi, komitmen serta khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan. Semoga para penerima akan terus cemerlang dan beriltizam dalam melaksanakan amanah serta menyumbang kepada kemajuan dan kecemerlangan Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria.

Syabas dan tahniah.