Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman

​SURAT PEMBERITAHUHAN JABATAN KUALA BELAIT DAN SERIA

​Kepada:

Pengendali atau Pengusaha Premis-Premis Makanan dan Gerai-Gerai Makan Dibawah kawalan Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaratuh / Salam Sejahtera

Pengiran / Pehin / Dato / Datin / Tuan / Puan

KEBENARAN PEMBUKAAN SEMULA PERKHIDMATAN PENYAJIAN MAKANAN (DINE-IN) DI PREMIS-PREMIS MAKANAN DAN PEMBUKAAN SEMULA GERAI-GERAI MAKAN DI BAWAH KAWALAN JABATAN-JABATAN DAERAH DAN JABATAN-JABATAN BANDARAN BERMULA 16 MEI 2020

  1. Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria sukacita merujuk Siaran Akhbar Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri yang dikeluarkan pada hari Khamis, 20 Ramadan 1441 bersamaan 14 Mei 2020 yang memaklumkan bahawa berasaskan kepada kenyataan Kementerian Kesihatan mengenai dengan langkah-langkah pelaksanaan pelan de-escalation, maka pada hari Sabtu, 22 Ramadan 1441 bersamaan 16 Mei 2020, semua premis makanan termasuk restoran, kedai makan, kedai minum, kafe, dan food court adalah dibenarkan untuk menyajikan makanan di premis-premis (dine-in). Manakala semua gerai makan di bawah kawalan Jabatan-Jabatan Daerah, Jabatan-Jabatan Bandaran dan Jabatan Belia dan Sukan yang sebelum ini ditutup akan dibuka semula mulai tarikh yang sama. Penutupan Tamu Mingguan seperti Tamuneka Kawasan Letak Kereta Pasarneka di Kuala Belait dan Tamu Tutong dan gerai-gerai Ramadhan adalah masih berjalan.
  2. Pembukaan perkhidmatan secara dine-in bagi premis-premis makanan seperti restoran, kedai makan, kedai minum, kafe, dan food court hendaklah mematuhi syarat-syarat berikut:-
    1. Penyediaan makanan secara buffet adalah tidak dibenarkan.
    2. Menghadkan jumlah pelanggan yang dibenarkan untuk dine-in dalam satu-satu masa kepada 30% sahaja dari jumlah kapasti biasa (normal capacity) ruang duduk premis makanan berkenaan;
    3. Pemeriksaan suhu badan hendaklah dilakukan sebelum memasuki premis makanan; dan
    4. Orang ramai yang berhasrat untuk dine-in digalakkan untuk membuat tempahan tempat duduk terlebih dahulu.
  3. Manakala, bagi gerai-gerai makan di bawah kawalan Jabatan-Jabatan Daerah, Jabatan-Jabatan Bandaran dan Jabatan Belia dan Sukan yang akan dibuka  semula hendaklah mematuhi syarat berikut.
    1. Menghadkan jumlah pelanggan yang dibenarkan untuk dine-in dalam satu-satu masa kepada 50% sahaja dari jumlah kapasiti biasa ruang duduk (normal capacity) gerai berkenaan.
  4. Sebagai tambahan, pembukaan premis makan secara dine-in dan gerai-gerai makan hendaklah juga mematuhi syarat-syarat berikut:-
    1. Pengedali atau Pengusaha premis makanan dan gerai-gerai makan dikehendaki untuk mendapatkan kod QR Bruhealth yang khusus bagi dilekatkan di kawasan pintu masuk premis untuk diimbas oleh pelanggan sebelum masuk dan sejurus sebelum meninggalkan premis;
    2. Para pelanggan hendaklah mempunyai kod acara yang diperolehi melalui aplikasi Bruhealth sebelum mengunjungi premis makanan dan gerai-gerai makan yang dituju;
    3. Memastikan penjarakan fizikal dan sosial termasuk pelaksanaan arahan-arahan yang dibuat oleh pihak berkewajipan seperti:-
      1. Premis makanan dan gerai makan untuk mempamerkan notis jumlah maksimum kapasiti dine-in dalam satu masa di tempat yang bersesuaian;
      2. Premis makanan dan gerai makan tidak dibenarkan untuk menambah kapasiti ruang untuk dine-in dari kapasiti biasa (normal capacity);
      3. Premis makanan dan gerai untuk menyediakan ruang atau barisan khas untuk perkhidmatan takeaway;
      4. Premis makanan dan gerai makan untuk menyediakan hand sanitisers;
      5. Susun atur meja ruang dine-in yang bersesuaian bagi memastikan penjarakan fizikal;
      6. Premis makanan dan gerai makan dikehendaki untuk mematuhi garis panduan dalam pembersihan dan sanitzsi premis; dan
      7. Digalakkan untuk memakai penutup hidung dan mulut (face mask).
    4. Orang ramai yang mempunyai tanda-tanda jangkitan adalah dinasihatkan untuk tidak mengunjungi premis makanan dan gerai makan sehingga telah sembuh.
  5. Mana-mana pengusaha-pengusaha premis makanan dan gerai-gerai makan didapati tidak mematuhi syarat-syarat yang disebutkan tadi, boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah akta Penyakit Berjangkit Penggal 204.
  6. Pengusaha-pengusaha premis makanan dan gerai-gerai makan adalah dipohonkan untuk memberikan Kerjasama untuk mematuhi arahan-arahan yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan dari semasa ke semasa.

HAJI AZMI BIN HAJI ABDUL RAHIM

Pemangku Pengerusi Lembaga Bandaran

Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria

Tarikh: 23 Ramadhan 1441 / 16 Mei 2020

Rujukan: (23) BBS/7/J23

WhatsApp Image 2020-05-28 at 16.55.01.jpegWhatsApp Image 2020-05-28 at 16.55.01 (1).jpegWhatsApp Image 2020-05-28 at 16.55.01 (2).jpegWhatsApp Image 2020-05-28 at 16.55.01 (3).jpeg

Attachments
Created at 30/05/2020 14:37 by Dk Norshahara Binti Pg Hj Md Ali
Last modified at 30/05/2020 14:38 by Dk Norshahara Binti Pg Hj Md Ali