
 |
Tatacara dan Strategi
- Dalam usaha jabatan ini untuk menangani misi dan objektif diatas, Jabatan ini
melaksanakan fungsinya menurut serta berpandukan kepada beberapa amalan, tatacara
dan strategi berikut:
- Tatacara perlaksanaan yang ditentukan oleh;
- Akta Lembaga-Lembaga Bandaran Penggal 57.
- Undang-Undang Kecil (By Laws) Lembaga Bandaran 1920.
- Akta Lesen-Lesen Rampaian Penggal 127
- Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil (Minor Offences)
- Undang-undang Lalu-lintas 1954, Peraturan-peraturan lalu-lintas(Lembaga Bandaran
Kuala Belait dan Seria) (Tempat Letak Kereta) 1979 ( Pindaan) 1990
- Akta Hiburan Awam.
- Akta Lesen Anjing.
- Penguatkuasa undang-undang dan tatacara-tatacara yang diamalkan.
- Memperkemas serta mempertingkatkan kualiti pentadbiran dan pengurusan Jabatan
dan termasuk keadah/cara pengutipan hasil.
- Mengenal serta mengamalkan kaedah-kaedah "Computerisation" didalam
sistem pentadbiran dan pengurusan.
- Memperluaskan lagi kaedah penswastaan/secara kontrak bagi perkhidmatan-perkhidmatan
yang tertentu.
- Menambah lagi kemudahan-kemudahan asas awam seperti telefon awam, lampu jalan,
jalan-jalan kecil (access roads) yang berkualiti, melalui muzakarah-muzakarah dengan
jabatan-jabatan Kerajaan yang bertanggungjawab.
- Meningkatkan kerjasama dengan jabatan-jabatan Kerajaan yang lain dalam usaha
untuk menuntut balik hutang-hutang orang ramai kepada jabatan ini (seperti bayaran
letak kereta, cukai rumah dan bangunan dan sewa bangunan).
- Melaksanakan projek-projek kemajuan bagi kemudahan awam dan mengungkayahkan projek-projek
khas/usahasama dengan sektor swasta (bukan Kerajaan).
- Penelitian semula dan mengemaskinikan mana-mana akta atau tatacara yang kurang
sesuai menepati kehendak dan keadaan masa kini.
|