Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksKawalan Kemajuan Bangunan

  1. Memungut / Mengutip / Menuntut bayaran penyewaan asset-asset jabatan.
  2. Tunggakan pembayaran sewa bulanan akan dikeluarkan surat peringatan untuk menjelaskan bayaran sewa tersebut.
  3. Pemantauan kawasan premis-premis perniagaan seperti ditumbuhi pokok-pokok liar, warna cat bangunan yang pudar dan penampalan poster-poster dan kertas-kertas iklan / promosi tanpa kebenaran.
  4. Penyalahgunaan kawasan tapak tanah kerajaan seperti pembinaan haram dan bercucuk tanam.
  5. Pemantauan rumah-rumah setinggan di Kawasan Jabang Seria.
  6. Pemantauan pemasangan dan penurunan kain-kain rentang dan bendera serta lampu-lampu cucul sempena Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Yang Di-Pertuan, dan Sambutan Hari Kebangsaan Negara.
  7. Bahagian ini terlibat sebagai wakil Jabatan selaku Ahli Jawatankuasa untuk memberikan pandangan dalam mesyuarat seperti berikut:-
    • Majlis Pentadbir Tukar Syarat Khas Tanah
    • Penyatuan dan Pemecahan Tanah
  8. Bahagian ini juga terlibat sebagai wakil Jabatan selaku Ahli Jawatankuasa untuk memberikan pandangan bagi permohonan membaharui pengiktirafan bengkel kereta ke Pengarah Jabatan Pengangkutan Darat, permohonan membaharui daeran tanah, menambah syarat khas ke Jabatan Tanah Kuala Belait.